Alangkah sedihnya untuk mengetahui yang di dalam usaha kita membangunkan ekonomi negara ini, nilai kualiti kehidupan masyarakat pula semakin hari semakin merosot. Pelbagai masalah negara semakin menjadi-jadi terutamanya yang berkaitan dengan kes jenayah yang mencemarkan imej negara kita. Seperti yang kita tahu, negara kita banyak terlibat dengan kes-kes jenayah yang serius seperti merompak, merogol, merempit dan membunuh. Tambahan lagi, akhir-akhir ini berlaku kes yang paling tidak berperikemanusiaan iaitu pembuangan bayi yang telah merebak dalam kalangan masyarakat seperti wabak penyakit berjangkit. Perkara sebegini rupalah yang menyebabkan kualiti hidup masyarakat semakin meruncing ke arah negatif.
DISIPLIN YANG TINGGI
Antara perkara yang penting yang perlu ada dalam diri masyarakat ialah disiplin yang tinggi. Hal ini lebih dirujuki kepada masyarakat golongan muda yang masih lagi menuntut ilmu. Belia perlu mempunyai disiplin untuk belajar bersungguh-sungguh. Pelajaran boleh mengubah nasib dirinya, keluarga dan negara. Jika pelajar itu bijak, idea-ideanya boleh disumbangkan untuk pembangunan negara. Dengan ini, penggunaan teknologi luar dapat dikurangkan dan jika usaha yang penuh komitmen diberikan, tidak mustahil bagi Malaysia untuk mencipta tekonologinya sendiri. Seterusnya, disiplin diri juga diperlukan untuk membentuk sahsiah diri ke arah kecemerlangan. Disiplin di dalam menunaikan ibadat dan penjagaan imej diri adalah yang dimaksudkan di sini. Jika seseorang itu mematuhi syariat agamanya, sudah tentu imej dirinya akan terjamin. Seterusnya, disiplin adalah penting untuk mencapai tujuan atau target dalam masa terdekat. Masyarakat perlu menetapkan sasaran hidupnya pada sesuatu tahap yang dia ingin berada. Tujuan hidup adalah penting kerana perkara inilah yang membentuk kehidupan seseorang tersebut yang diinginkan pada masa hadapan. Jadi, jika seseorang itu tidak mempunyai target bermakna dirinya seperti suatu kekosongan kerana tiada arah tuju hidup. Target seseorang itu akan menyebabkan dirinya mempraktikkan disiplin dalam kehidupan seharian.
PEMBELAJARAN YANG EFEKTIF
Di samping itu, golongan muda juga perlu mempunyai cara pembelajaran yang efektif. Kebanyakkan pelajar yang kurang penghayatannya di dalam pelajaran hampir semuanya tidak mempunyai strategi yang berkesan untuk menghafal atau memahami subjek yang dipelajarinya. Akibatnya, dia akan mudah untuk melupakan isi-isi penting dan hanya akan mempunyai idea keseluruhan pelajaran tersebut. Perkara ini sememangnya boleh dibanteras dengan memperkenalkan pelbagai cara yang menarik untuk memudahkan pelajar belajar secara lebih efektif. Antara caranya ialah memberi sepenuh perhatian di dalam kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) sedang berlaku. Perkara ini diikuti pula dengan cara yang dijamin berkesan iaitu dengan membuat nota sendiri. Contohnya, selepas pelajar habis membaca setiap satu bab, dia perlulah membuat notanya sendiri tanpa merujuk kepada buku sebagai tujuan menguatkan memorinya. Seterusnya, dia perlulah membuat latihan bertubi dan rujukan dari buku-buku lain juga. Pelajar juga boleh menggunakan cara peta minda yang mudah yang dicadangkan dalam program i-Think yang dijalankan oleh kerajaan sebagai nota ringkas yang amat berkesan. Dengan beberapa langkah yang mudah ini, tidak mungkin seseorang pelajar tersebut tidak boleh berjaya dalam pelajaran.
Dengan memulakan evolusi ini daripada golongan muda, sudah pasti kualiti kehidupan masyarakat di masa hadapan boleh terjamin kerana golongan inilah bakal pemimpin negara kita. Lantaran itu, kualiti kehidupannya sudah pasti akan berubah ke arah positif.
KEBERSIHAN
Kebersihan
merupakan satu elemen yang menentukan taraf kualiti hidup masyarakat. Elemen
ini cukup mempengaruhi daya kognitif serta pergaulan sosial dalam masyarakat
bahkan mempengaruhi aspek dalam kalangan penduduk setempat. Antara cara atau
langkah yang boleh diambil dalam usaha untuk menaikkan kualiti taraf hidup
masyarakat dalam aspek kebersihan adalah melalui penganjuran kempen-kempen
kesedaran di kawasan setempat. Kempen-kempen ini haruslah dilaksanakan secara
komprehensif yang merangkumi aspek gotong-royong dalam kalangan penduduk setempat,
pemeriksaan berkala oleh pegawai kesihatan di kampung-kampung dan seterusnya
pembabitan secara langsung antara pihak sekolah dan masyarakat setempat terhadap
isu alam sekitar yang bersifat setempat.
KASIH-SAYANG
Peningkatan
kualiti taraf hidup masyarakat tidak hanya tertakluk pada aspek material
semata-mata bahkan merangkumi aspek emosi, spritual dan inteleketual.
Sebagaimana yang digagaskan dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Oleh sebab itulah penekanan kepada aspek emosi merupakan antara tunjang yang cukup ampuh
bagi meningkatkan kualiti taraf hidup masyarakat. Kegagalan untuk menstabilkan
emosi serta menyebarluaskan elemen kasih sayang dalam kalangan masyakat
mengakibatkan peningkatan kadar jenayah serta gejala sosial dalam kehidupan
seharian. Atas dasar inilah penekanan dalam aspek kasih sayang harus diberi
perhatian bagi meningkatkan taraf kualiti hidup dalam masyarakat. Antara
pendekatan yang boleh dilaksanakan adalah melalui galakan penyertaan ahli
masyarakat dalam melaksanakan agenda generasi muda tanggungjawab generasi tua.
Pendekatan ini haruslah divariasikan termasuklah dengan menganjurkan aktiviti
atau acara yang melibatkan kedua-dua generasi tua atau muda dalam aktiviti
sosial kemasyarakatan di kawasan tersebut seperti pertandingan futsal, acara
gotong-royong membersihkan kampung, kenduri dan sebagainya.
Warriors 76ers Prediction: Preview, Tips, Picks & Predictions 우리카지노 우리카지노 m88 m88 589Zulu Bet Prediction Sure Win for Today | Review & Bonus
ReplyDeleteBest Baccarat Sites in 2021 - FBCAsino
ReplyDeleteBest Baccarat Sites in 2021 - FBCAsino provides 메리트카지노 a list of popular casino games that you can play. We recommend febcasino you visit FBCCasino.com to read about 제왕 카지노 their